Sunday, August 29, 2010

yang terindah


Wahaha.. semalam buat julung kalinya aku masak untuk encik kekasih hati setelah beberapa purnama kami berpacaran. Itu pun selepas dia bising aku tak pernah masakkan apa-apa untuk dia. Sementelahan kawan dia bercerita yang awek kawan dia tu pernah masak dan bagi kawan dia tu makan pulak. Aish!! Masalah betul. Dah la aku jarang bebenor masak memasak ni. Akhirnya aku memutuskan untuk masak la petang tu. Walaupun tak tahu camane rasa masakan tu.. (maklum je la.. puasakan) dengan confident aku bagi kat dia. Masa berbuka puasa tu baru aku tahu.. hmm.. agak sedap ☺☺. Tak sangka pulak.
Aku Cuma masak sambal sotong, ayam madu dan pudding berkuah. Dah siap-siap buka puasa.. encik kekasih call.. katanya tak sedap! Huh. Aku dah mula nak terasa hati ni. Merajuk kang. Tapi lepas tu dia gelak. Sedap! Dia kata camtu. Wah.. hati aku dah kembali berbunga-bunga dan menyanyi merdu ♫♪♫. Tak jadi la nak merajuk.
Oh ya.. kami berbuka berasingan. Aku hanya tapaukan lauk-lauk dan pudding tu untuk dia. Maklum je lah.. aku ni menyewa di rumah bujang. Lelaki dilarang masuk ke rumah ye. Tambahan pula housemate sume takde.
Malam ni tak berterawih lagi. Kitorang kuar nak gi cari baju raya. Sempoi-sempoi en kekasih ni, punya la payah nak cari baju melayu dia. Hmm..tema tahun ini. PURPLE. Dan aku memaksa supaya dia mengikut temaku walaupun kami tak beraya bersama-sama. (agak-agaknya kalau aku mintak dia pakai pink colour dia ikut tak?? Hehehe) Tapi, lain yang di planning, lain pulak jadinya. Sume gara-gara jalan jam. Nak park kereta pon susah woo.. alih-alih tengok jam dah pukul 9.30 malam. Pukul 10 nak g nukak lak.
Nukak (istilah kitorang guna untuk ‘duduk lepak sambil minum2, makan kat mana-mana’). Kitorang g nukak di medan selera stadium KB. Nukak ngan geng2 ASAKELATE.NET. Di ASAKELATE ni la aku kenal encik kekasih hati ♥♥. Lepak-lepak, dah jam 11.30 malam. Aku kena la balik. Dah lewat bebenor ni. Encik kekasih lak suruh aku balik sendiri malam tadi sebab dia malas nak hantar aku gi kerja ari ni. Cet!! Malas bangun pagi la tu.
11.40 malam dah sampai umah. Layan tengok tv dulu sambil makan pudding. Hmm.. sejuk anak tekak. Memang aku terasa nak buat lagi la pudding ni. Cerita kat tv dah abis. Se’mug’ pudding pon dah abis. So lepas tu adalah… TITO TIME.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.