Sinambungan dari kisah semalam.. setelah kekenyangan yang amat sangat tu.. aku tido dengan lenanya.. sampai pukul 4 pagi aku terjaga dari tidur. Masa tu jugak mesej dari encik kekasih hati ♥♥. Dia punya ayat jiwang di tengah malam tu yang aku rasa terharu gilerr.. wohoo… encik kekasih hati ♥♥ sangat jarang berjiwang karat ye kawan-kawan. Aku balas la mesej dia pagi-pagi buta tu. Then bangun sahur skali. Selalunya aku bangun pukul 5. Tapi dah sedar jam 4 tu.. bangun je lah. Kalau sambung tidur lagi, sure sangat aku tak sedar dah.
Hari ni bekerja dengan memakai t-shirt dan jeans. I like!!! Tak payah susah-susah nak pakai baju kurung ke, kebaya ke. Sebab apa?? Sebab hari ni ada program 5S. apa benda 5S tu? Aku sendiri pun lupa. Aku ingat sisih, sapu, susun, last skali selalu amal. S ke 4 tu tak dapat di remain dari memori ye.
Jam 8.05 sampai kat lab. Buat keje aku ‘menanam’ untuk minggu ni. Istilah ‘menanam’ tu aku guna merujuk kepada embed tissue ye kawan-kawan. Ini salah satu proses yang dijalankan di makmal histopatologi ☼. Dan jam 8.40 pagi keje aku dah siap. Sangat best bila blok sikit. Lepas ni kena ‘melukis’ pula. Nak tau apa tentang keje aku?? Lain kali aku cerita.
Dah tak ada keje, aku on9 je la. kacau orang, tolong orang sikit-sikit. Tapi ‘siyes’ aku cakap, boring gilerr bila tak ada keje. Bila dah keboringan sangat tahap cipan tersepit tu.. aku mula melangkahkan kaki ke surau lab aku untuk buat tugasan harian. Hehehe.. tito di siang hari. Lunch hour. Tak boleh makan. Tapi boleh tido.
Jam 3 petang, 5S yang pertama tu mula berjalan. Aku suka bab buang-membuang barang ni. Rasa semua benda je nak buang. Dan atas usaha kami staf-staf rutin, kami berjaya mengumpulkan banyak sampah untuk di buang. Yeah!!! Kertas-kertas yang bersepah tu pun aku dah satukan. Rajin tak aku?? Actually.. bukan rajin pon sebenarnya. Tapi dah sebab keboringan melanda. Buat je lah apa yang patut.
Planning berbuka hari ini, encik kekasih hati ♥♥ nak belanja aku berbuka di Kenny rogers.
Ini adalah menu pilihan encik kekasih hati.
Ini pulak meni pilihan aku. Rasanya aku nyer makanan lagi sihat dan sedap kot. Hehehe.. ada sayur, buah, nasi dan ayam.. Cuma, agak masin.
Sesudah itu, sembahyang dan meronda-ronda. Bukan selalu dapat jumpa dia. Jalan-jalan cuci mata dan beli baju untuk bakal ibu mentua ☺☺. Harap-harap memang jadi la ye. Insyaallah. Dah beli baju, jalan-jalan cari tudung lak. Akhirnya jumpa yang matching ngan baju tu.
Baju untuk encik kekasih hati tak jumpa-jumpa lagi. Untuk aku pon tak cari lagi. Hmm.. tunggu duit raya masuk dulu la. encik kekasih hati ♥♥ pon belum terima gaji lagi bulan ni.
Monday, August 30, 2010
Sunday, August 29, 2010
yang terindah
Wahaha.. semalam buat julung kalinya aku masak untuk encik kekasih hati ♥ setelah beberapa purnama kami berpacaran. Itu pun selepas dia bising aku tak pernah masakkan apa-apa untuk dia. Sementelahan kawan dia bercerita yang awek kawan dia tu pernah masak dan bagi kawan dia tu makan pulak. Aish!! Masalah betul. Dah la aku jarang bebenor masak memasak ni. Akhirnya aku memutuskan untuk masak la petang tu. Walaupun tak tahu camane rasa masakan tu.. (maklum je la.. puasakan) dengan confident aku bagi kat dia. Masa berbuka puasa tu baru aku tahu.. hmm.. agak sedap ☺☺. Tak sangka pulak.
Aku Cuma masak sambal sotong, ayam madu dan pudding berkuah. Dah siap-siap buka puasa.. encik kekasih call.. katanya tak sedap! Huh. Aku dah mula nak terasa hati ni. Merajuk kang. Tapi lepas tu dia gelak. Sedap! Dia kata camtu. Wah.. hati aku dah kembali berbunga-bunga dan menyanyi merdu ♫♪♫. Tak jadi la nak merajuk.
Oh ya.. kami berbuka berasingan. Aku hanya tapaukan lauk-lauk dan pudding tu untuk dia. Maklum je lah.. aku ni menyewa di rumah bujang. Lelaki dilarang masuk ke rumah ye. Tambahan pula housemate sume takde.
Malam ni tak berterawih lagi. Kitorang kuar nak gi cari baju raya. Sempoi-sempoi en kekasih ni, punya la payah nak cari baju melayu dia. Hmm..tema tahun ini. PURPLE. Dan aku memaksa supaya dia mengikut temaku walaupun kami tak beraya bersama-sama. (agak-agaknya kalau aku mintak dia pakai pink colour dia ikut tak?? Hehehe) Tapi, lain yang di planning, lain pulak jadinya. Sume gara-gara jalan jam. Nak park kereta pon susah woo.. alih-alih tengok jam dah pukul 9.30 malam. Pukul 10 nak g nukak lak.
Nukak (istilah kitorang guna untuk ‘duduk lepak sambil minum2, makan kat mana-mana’). Kitorang g nukak di medan selera stadium KB. Nukak ngan geng2 ASAKELATE.NET. Di ASAKELATE ni la aku kenal encik kekasih hati ♥♥. Lepak-lepak, dah jam 11.30 malam. Aku kena la balik. Dah lewat bebenor ni. Encik kekasih lak suruh aku balik sendiri malam tadi sebab dia malas nak hantar aku gi kerja ari ni. Cet!! Malas bangun pagi la tu.
11.40 malam dah sampai umah. Layan tengok tv dulu sambil makan pudding. Hmm.. sejuk anak tekak. Memang aku terasa nak buat lagi la pudding ni. Cerita kat tv dah abis. Se’mug’ pudding pon dah abis. So lepas tu adalah… TITO TIME.
Subscribe to:
Posts (Atom)